TERIKINI : PM bagi tablet FREE terus, BUKAN lagi pinjaman kepada pelajar IPT

Penerima tablet Perantisiswa Keluarga Malaysia tidak perlu memulangkan peranti itu bila tamat pengajian, kata PM


Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob maklumkan, kerajaan telah memutuskan perkara itu hari ini, susulan maklum balas yang diterima semasa mesyuarat antara Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang diadakan pada 15 Ogos lalu.

“Saya dengan sukacitanya mengumumkan, bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberikan terus tablet berjenama itu kepada penerima PerantiSiswa,” 

Ucapan PM semasa ucapan perasmian pada majlis pelancaran inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Dewan Agung Tuanku Cancelor (DATC), UiTM Shah Alam di sini.



Kerajaan sebelum ini memutuskan untuk memberi pinjaman sahaja peranti itu kepada pelajar yang layak belajar di institusi pengajian tinggi secara pinjaman.Perantisiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan tablet kepada pelajar B40.

“Adalah juga diharapkan dengan inisiatif daripada kerajaan ini, kita sebagai ‘Keluarga Malaysia’, akan terus kekal teguh bersama dan mengetepikan perbezaan dan meraikan kebersamaan sebagai satu keluarga besar,” 

Beliau berkata penganjuran program itu di kampus akan membantu mengurangkan beban pelajar.



Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form