Samsung Galaxy S7 dan S8 mendapat "UPDATES" mengejut

Updates hanya untuk membetulkan isu GPS sahaja

Dari: Amin Mahadzir


Siri Galaxy S7 dan Galaxy S8 Samsung kedua-duanya hampir mencapai status akhir hayat, bermaksud mereka telah berhenti menerima update dari sistem android. Walau bagaimanapun, nampaknya pengeluar Korea telah memutuskan untuk menawarkan satu lagi kemas kini kepada peranti ini.

Galaxy Club melaporkan (h/t: SamMobile) bahawa telefon Galaxy S7 dan Galaxy S8 kedua-duanya menerima update untuk menangani kestabilan GPS. Secara lebih khusus, kemas kini Galaxy S7 dan S7 Edge mempunyai versi perisian tegar G93*FXXU8EVG3 dan beratnya pada 31MB. Sementara itu, kemas kini Galaxy S8 dan S8 Plus mempunyai versi perisian tegar G95*FXXUCDVG4 dan mempunyai berat 420MB.


Malangnya, update terbaru ni tidak membawa ciri keselamatan atau sekuriti baharu. Jadi mereka yang mengharapkan sesuatu yang lebih besar akan kecewa. Tetapi masih bagus untuk melihat Samsung menangani isu dengan peranti dari 2016 dan 2017.

Galaxy Club juga mendakwa bahawa Samsung sedang mengusahakan kemas kini serupa untuk Galaxy S6, sekiranya anda masih menggunakan peranti “Flagship” tahun 2015 itu selepas sekian lama.

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form